Tips Membuatkan Anak-anak Bertambah Sayang Terhadap Ibu Bapa



Kanak-kanak adalah manusia paling comel di muka bumi ini. Mereka membawa banyak warna dan ketawa dalam kehidupan kita. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna bahawa mereka tidak boleh mendatangkan masalah. Kadang-kadang, anak-anak tidak mahu bercakap atau bermain dengan orang asing ataupun dengan orang yang mereka kenal. Jika anda suka kanak-kanak dan anda ingin anak-anak sayang akan anda, berikut adalah beberapa tips yang boleh membuatkan rumahtangga anda bahagia:

1. Bersantai dan menikmati apa jua aktiviti-aktiviti

 
Kita, sebagai orang dewasa, biasanya memiliki banyak perkara untuk dilakukan di fikiran kita. Disebabkan hal ini, kita senang jengkel ketika anak-anak tidak mengikuti arahan kita. Tenang saja! Ketika anda santai, secara autonatik anda akan mulai menikmati kegiatan dan percakapan bersama anak-anak. Mereka sangat pandai dan boleh kesan usaha anda secara tidak langsung mereka akan sayang anda lebih. Gitu!


2. Hormati Anak Anda

Cara hendak hormat anak-anak anda ialah dengan mendengarapa yang mereka katakan dan menghargainya. Persis seperti orang dewasa, ini adalah apa yang anak-anak inginkan. Untuk didengar dan dihargai.







3. Bersabar
 
Sama seperti orang dewasa, setiap anak-anak adalah berbeza. Jika kita cuba untuk berinteraksi dengan mereka dengan cara yang sama atau terburu-buru dalam percakapan, kadang-kadang mereka akan berasa jengkel dengan kita. Jika anda ingin membuat anak-anak mencintai anda, hati-hati dan sabar dengan setiap anak. Mereka akan menjadi jujur dengan anda dengan cara mereka sendiri dan ketika mereka melakukannya, percayalah.


4. Jangan Terlalu Tegas

Setiap ibu bapa inginkan anak-anak mereka memiliki perilaku yang baik. Anak-anak suka menjadi nakal, berkeliaran, berlari dan bermain. Namun, ini tidak bererti anda boleh bertegas dengan mereka setiap masa.  Mereka akan benar-benar mencintai anda jika anda memberikan mereka peluang menjadi kanak-kanak.


5. Jadi seperti kanak-kanak

Anak-anak suka berdampingan dengan anak-anak lain, tapi itu tidak bererti bahawa orang dewasa tidak boleh bertindak seperti anak-anak. Cuba untuk berlakon seperti mereka dan lihatlah kesannya nanti. :)

Cubalah tips-tips ni mudah-mudahan anda memiliki rumah tangga yang bahagia. :)

0 comment... add one now